ULASAN JURNAL 4

ULASAN JURNAL 4

Tajuk Jurnal : Influence of the Familiarization with “Scratch”
on Future Teachers’Opinions and Attitudes about Programming and
ICT in Education

Penulis : Georgios Fesakis, Kiriaki Serafeim
LTEE Lab, University of the Aegean Dimokratias 1, 85100
Rhodes, Greece

Sumber : ACM SIGCSE Bulletin Volume 41 , Issue 3 (September 2009) ITiCSE '09

Ulasan

Jurnal keempat ini membincangkan pendapat dan sikap guru mengenai pengaruh sosial dengan "Scratch" pada masa hadapan tentang Pemograman dan ICT dalam Pendidikan. Pengkaji menyatakan pembelajaran ICT menjadi sukar jika kita tiada ilmu mengenai ICT atau programming. Di antara cadangan ialah menawarkan program pendidikan persekitaran yang inovatif, pengaturcaraan teknik dan membolehkan pembangunan mudah seperti game, animasi dan cerita berinteraktif.

Apa yang menjadi masalahnya ialah sikap guru sendiri yang perlu konstruk pemikiran mereka supaya dapat belajar ICT dengan lebih mudah. Apabila guru berkemahiran maka pengaturcaraan komputer boleh dimanfaatkan untuk pembangunan agar kemahiran tinggi seperti: penyelesaian masalah, kreatif, logik penalaran dan eksperimen sistematik.

Scratch merupakan sebuah persekitaran pengaturcaraan pendidikan yang dibangunkan oleh homonymous dari MIT Media Lab. Scratch mempunyai bahasa pengaturcaraan grafik yang boleh dipelajari oleh anak-anak dari 8 tahun dan remaja, yang menggabungkan grafik, animasi, muzik, suara dan pengguna boleh membuat permainan video, animasi, cerita dan sebagainya.

Kajian scratch telah dijalankan kepada pelajar pendidikan prasekolah dan jabatan pendidikan di Universiti Aegean yang melibatkan pembangunan aplikasi multimedia. Hasil kajian mendapati 80% daripada pelajar berpendapat sctratch sebagai pengaturcaraan bahasa yang mudah, peratusan yang sama pelajar termasuk stepwise pelaksanaan program kepada. 90% pelajar mencari gambaran grafik dari perintah yang berguna dan tugas mengimport dan memproses mudah.

Kesimpulannya kandungan program scratch dan perisian Visual Basic 6.0 hampir sama, ini kerana pengguna boleh membina projek animasi dan berkemungkinan bahasa pengaturcara mempunyai perbezaan. Apa yang penting pendedahan awal harus diberikan kepada pengguna agar dapat memupuk minat kepada subjek pengaturcaraan komputer. Kursus-kursus samada dalam bentuk 'off line' , dalam talian dan bersemuka perlu dijalankan mengikut keperluan pada setiap tahun.

0 Response to "ULASAN JURNAL 4"

Post a Comment