ULASAN JURNAL 3
ULASAN JURNAL 3
Tajuk Jurnal : Controlling the Display of Animation for Better
Understanding, Part 1
Penulis : Shu-Ling Lai
Ling Tung College
Sumber : Journal of Research on Computing in Education
Ulasan
Jurnal ini membincangkan mengenai pembelajaran berasaskan computer (CBL) menggunakan kaedah animasi. Pengkaji telah membangunkan perisian kursus kepada tiga jenis kawalan strategi animasi iaitu: (satu) kawalan aturcara, kawalan linear, dan kawalan pelajar. Responden terdiri daripada 186 penuntut tahun pertama kolej Ling Tung berdasarkan kemahiran matematik mereka (tinggi, sederhana dan lemah). Terdapat perbezaan hasil yang yang diperolehi berdasarkan kemahiran responden berkenaan.
Apabila menggunakan animasi dalam pengajaran, perkara-perkara yang harus dipertimbangkan ialah strategi kawalan pelajar untuk meningkatkan paparan animasi, penglibatan kognitif dalaman dan sikap pelajar terhadap pembelajaran. Ini adalah penting kerana bagi mendapatkan hasil kajian yang menyeluruh dan lengkap kepada para pengkaji.
Pengajaran CBL telah dibangunkan kepada tiga peringkat kawalan pelajar itu membenarkan pengguna-pengguna untuk mengawal secara terperinci pada animasi. Ianya terdiri daripada versi kawalan aturcara, versi kawalan linear dan versi kawalan pelajar.
Hasil perbincangan pada jurnal ini ialah seorang pelajar yang baru apabila diberi tugas memerlukan lebih banyak usaha dan kawalan aturcara. Animasi memberikan satu medium yang berpotensi bagi membantu pelajar membina perwakilan mental dan kefahaman memerlukan lebih daya kognitif daripada grafik statik. Dalam kajian ini, pelajar yang mempunyai keupayaan lebih tinggi dan lebih rendah dalam matematik telah melaksanakan dengan lebih baik dengan kawalan aturcara daripada linear dan kawalan pelajar. Hasil kajian menyediakan implikasi untuk reka bentuk pembelajaran berasas komputer. Untuk pembelajaran konsep abstrak, disarankan pereka menyediakan lebih paparan lengkap dan mesra pengguna.
Rumusannya ialah jurnal ini telah memberi idea kepada saya untuk membina modul VB 6.0 dengan menggunakan bebarapa cara iaitu membina kalkulator, jam randik dan animasi. Ujian Post dan pre juga telah dicadangkan oleh penulis bagi mamantapkan kajian. Kajian ini secara tidak langsung member pendedahan kepada pengkaji baru dalam memantapkan kajian mereka.
0 Response to "ULASAN JURNAL 3"
Post a Comment